Senarai Berita
KULAI, 25 Feb (Bernama) -- Parti Gerakan Johor yakin Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang tidak akan membawa fenomena tsunami politik kepada parti itu mahupun parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di negeri itu.
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Tiada lagi kuil akan dirobohkan jika Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut pegawai Khas kepada Perdana Menteri Isham Jalil.
KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Sebilangan besar pengundi pembangkang yang kecewa dengan realiti politik semasa dijangka beralih menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang.
BUKIT MERTAJAM, 25 Feb (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah lagi dalam perang siber dengan pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Kelulusan sebanyak RM564 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 2 Bandar Pekan menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam menangani permasalahan yang dihadapi rakyat.
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- MCA yakin dapat meraih sokongan tambahan daripada pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diberi masyarakat itu kepada parti, khususnya di kawasan bandar.
SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat perniagaan supaya tidak mengambil risiko memilih sebuah kerajaan atau gabungan yang belum dicuba dan diuji.
PORT DICKSON, 24 Feb (Bernama) -- Deklarasi yang dilafazkan oleh ahli-ahli UMNO untuk terus taat setia kepada pemimpin dan membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dikotakan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
KUALA NERUS, 24 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota parti itu yang didapati cuba sabotaj calon yang terpilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Anggota Pemuda Barisan Nasional (BN) Kuala Lumpur digesa memainkan peranan penting mendekati golongan muda untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.