Senarai Berita

KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah berasaskan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) sepakat untuk terus memperkukuh kerjasama dan memperkasa perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.


KUALA NERUS, 26 Feb (Bernama) -- Hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO yang berkuasa menentukan calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah perlu menerapkan mentaliti menang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seterusnya memastikan kejayaan besar parti pada pilihan raya itu, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.


KUALA TERENGGANU, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri amat memerlukan kesinambungan mandat untuk mentadbir Terengganu bagi membawa lebih kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


PORT DICKSON, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini hari ini.


SHAH ALAM, 26 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan bantahan terhadap cadangan kedua persempadanan semula bahagian pilihan raya melibatkan tujuh kawasan Parlimen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Inanam berikrar untuk terus memperkukuh jentera parti di semua cawangan di kawasan itu dalam usaha merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


PORT DICKSON, 26 Feb (Bernama) -- Pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu meletakkan Malaysia pada asas semakin kukuh yang membawa ke arah masa depan yang diimpikan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


PORT DICKSON, 26 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan digesa bekerja lebih kuat dan menawan kembali kawasan Parlimen Telok Kemang yang dikuasai PKR sejak dua penggal lalu.


LABUAN, 26 Feb (Bernama) -- Pemuda UMNO Labuan yakin Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.