Senarai Berita
BENTONG, 15 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyerahkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan agihan kerusi antara parti komponen juga dikekalkan, kata Pengerusinya Datuk Seri Adnan Yaakob.
SEMPORNA, 15 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO diyakini bukan sahaja mampu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan di sini pada pilihan raya umum ke-14 tetapi juga meningkatkan jumlah undi majoriti.
ALOR GAJAH, 15 Jan (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun sehingga kini masih belum ada arahan khusus daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.
BAGAN SERAI, 14 Jan (Bernama) -- UMNO sentiasa konsisten dalam membantu rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
BALIK PULAU, 14 Jan (Bernama) -- Rakyat perlu membuat penilaian bijak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memilih parti yang punya agenda jelas untuk negara serta kekuatan dan kestabilan, demikian saran Pengerusi Biro Kebajikan UMNO dan Anggota Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
PUTRAJAYA, 14 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai menjalankan siasatan tempatan kali pertama berhubung bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi negeri Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
SHAH ALAM, 14 Jan (Bernama) -- Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanyalah wayang semata-mata.
KAMPAR, 14 Jan (Bernama) -- Naib Presiden MCA Senator Datuk Lee Chee Leong diumum sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kampar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.