Senarai Berita
ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Pakatan pembangkang yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad semakin menunjukkan 'belang' apabila sikap mementingkan agenda peribadi mereka semakin hari semakin terserlah menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk mengangkat 'cyber games' atau E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Gerakan hari ini mengemukakan senarai bakal calonnya bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN). Senarai itu mengandungi lebih 60 peratus muka baharu.
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kem pembangkang semakin terdesak mendapatkan sokongan masyarakat India menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan ini terbukti apabila mereka bekerjasama dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan Parti Generasi Baru.
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) .
ARAU, 13 Jan (Bernama) -- Kecelaruan dalam kalangan kepimpinan parti pembangkang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) gagal menentukan siapakah bakal perdana menteri yang terbaik.
BAGAN DATUK, 13 Jan (Bernama) -- Parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam kalangan masyarakat India perlu bersatu hati menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai antara usaha untuk meningkatkan sokongan pengundi India kepada BN.
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- MCA tidak akan membincangkan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi media memandangkan perkara itu adalah isu dalaman parti yang perlu diselesaikan antara pihak yang berkenaan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Pengundi Bidayuh di negeri ini berjanji akan memberikan kemenangan bersih kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Michael Manyin Jawong.
ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Rakyat perlu menilai dengan bijak keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, memandangkan bekas perdana menteri itu kini telah berusia 92 tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.