Senarai Berita
BESUT, 12 Jan (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi parti komponen Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya menguntungkan DAP.
KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) -- Rakyat Terengganu diingat mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi sepanjang tempoh ditabdir PAS dari 1999 hingga 2004, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
CAMERON HIGHLANDS, 11 Jan (Bernama) -- Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kata Presiden MYPPP Tan Sri M. Kayveas.
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan membuktikan pakatan itu ketandusan calon perdana menteri yang berkelayakan untuk memimpin negara.
ALOR SETAR, 11 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
MELAKA, 10 Jan (Bernama) -- Pembahagian kerusi Parlimen untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di negeri ini di kalangan parti pembangkang dilihat sebagai sebuah percaturan cacat kerana gagal mengambil kira pelbagai faktor kritikal terutamanya saingan di kalangan pembangkang dan sokongan rakyat.
JELEBU, 10 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin akan menang semua kerusi negeri dalam kawasan parlimen Jelebu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.
PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.

