Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menjalankan kajian yang mendalam ke atas mereka yang menawarkan diri kepada rakyat, sebelum memutuskan sama ada mereka berkhidmat kepada rakyat atau diri mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


ALOR SETAR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM14 juta.


SUNGAI SIPUT, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


SUNGAI SIPUT, 11 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan memajukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini bukan hanya retorik, sebaliknya ia diterjemah dan dilaksanakan dengan pelbagai bentuk program, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KOTA TINGGI, 11 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu mengambil tindakan serius terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak mematuhi ketetapan perlembagaan parti.


SEMPORNA, 11 Nov (Bernama) --- UMNO Sabah bakal menerima masuk sejumlah besar anggota Parti Warisan Sabah (Warisan) dari beberapa kawasan di negeri itu, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Penantian selama lebih 30 tahun seorang warga emas, Wah Lian, 76, anak kelahiran Sekinchan untuk mendapatkan kewarganegaraan berakhir hari ini setelah mendapat perhatian Unit Khas Bahagian Kewarganegaraan Parti Gerakan.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Persidangan Perwakilan Nasional Wanita Gerakan hari ini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan dan rakyat menjulang sikap kesederhanaan dan keterangkuman dalam mengekang provokasi politik dan tindakan ekstremism yang merenggangkan hubungan perkauman di negara ini.


SIBU, 11 Nov (Bernama) -- Sebuah pusat kecemerlangan pendidikan untuk membantu pelajar dalam bidang sains, teknologi dan matematik (STEM) dirancang dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka pada 2019.


BANTING, 11 Nov (Bernama) -- Kempen 'Stop Abuse For Everyone for Safer And Fearless Environment (S.A.F.E)' yang dilancarkan Pergerakan Puteri UMNO hari ini merupakan perjuangan bagi membanteras keganasan seksual terhadap golongan kanak-kanak dan wanita muda.