Senarai Berita

JOHOR BAHRU, 11 Nov (Bernama) -- Bajet Negeri Johor 2018 yang akan dibentang 23 Nov ini diyakini terus mensejahterakan golongan sasar seperti ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah dan orang kurang upaya.


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra menyarankan kerajaan Kelantan supaya mengambil inisiatif yang proaktif bagi menarik pelaburan ke negeri ini.


KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meminta agar golongan mahasiswa sentiasa memegang prinsip '3J' (Jangan Hulur, Jangan Kautim, Jangan 'Settle') untuk memastikan negara bebas rasuah menjelang 2050.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Gerakan hari ini menempelak kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana tidak memberi perhatian penuh kepada kebimbangan masyarakat terutamanya berkaitan alam sekitar.


KAMPAR, 11 Nov (Bernama) -- Kejayaan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) meraih pencapaian peringkat antarabangsa membuktikan MCA komited dalam aspek pembangunan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi melahirkan graduan terbaik dalam kalangan masyarakat Cina.


DUNGUN, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang melakukan perincian akhir sebelum menyalurkan bantuan kepada pesawah yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.


SEMPORNA, 11 Nov (Bernama) -- Beberapa orang anggota UMNO bahagian Semporna yang keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah, akan kembali ke pangkuan parti keramat UMNO, dalam tempoh terdekat, kata Pemangku Ketua UMNO bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di sini kini boleh menarik nafas lega apabila sebuah pusat komuniti bernilai RM8 juta yang begitu selesa telah siap dibina dan boleh digunakan mulai hari ini.


CYBERJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif iaitu saringan awal kemasukan pelajar antarabangsa bagi memastikan mereka benar-benar kompeten dan layak sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran di negara ini.


KOTA BELUD, 11 Nov (Bernama) -- Ibu bapa disaran memanfaatkan sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), yang buat julung kali diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2018, bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.