Senarai Berita

PAPAR, 11 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan pakej kerja keenam Projek Lebuhraya Pan Borneo akan dilancarkan pada 18 Nov ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Bekas Anggota Parlimen Tanah Merah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saupi Daud meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, hari ini.


TASEK GELUGOR, 11 Nov (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir di negeri ini yang mengalami tekanan emosi ketika menghadapi musibah banjir.


GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang menyambut baik peruntukan khas RM100 juta yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri kepada mangsa banjir namun pada masa sama mahu kerajaan pimpinan DAP itu memberi tumpuan serius terhadap projek tebatan banjir.


JOHOR BAHRU, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan mana-mana projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk di lereng bukit kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing.


JOHOR BAHRU, 11 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia disiasat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan berhubung pelbagai isu termasuk berkenaan penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang didapati tidak terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.


LIMBANG, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak akan memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan proses penyukatan serta pemberian surat hak milik tanah perkampungan Melayu di Limbang.


JOHOR BAHRU, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor akan memastikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu terus diberi perhatian dalam setiap dasar yang dirangka memandangkan sumbangan institusi tersebut terhadap pembangunan negeri serta negara adalah besar dan tidak boleh dinafikan.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Semua anggota Pemuda dan Wanita Gerakan diminta meningkatkan kesiapsiagaan dan menjadikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014 sebagai model untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUALA PERLIS, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan Perlis akan memberi penempatan sementara kepada tiga keluarga dan bantuan lain kepada 12 pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi di sini awal pagi tadi.