Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Peningkatan sumbangan kerajaan kepada Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) kepada 15 peratus, tertakluk kepada maksimum RM250 seorang setahun bagi tempoh lima tahun daripada 2018 hingga 2022, menunjukkan komitmen kerajaan kepada kesejahteraan rakyat keseluruhannya.


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kalangan pihak perbankan tempatan menyifatkan Bajet 2018 dirangka secara terperinci dan jelas merangkumi semua peringkat masyarakat.


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini inklusif dan memenuhi keperluan serta mengutamakan kesejahteraan setiap lapisan rakyat negara ini, demikian reaksi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menteri kabinet.


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bajet 2018 sebagai komprehensif dengan meliputi semua segmen masyarakat, menyebabkan pembangkang berasa kecewa.


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasakan ekonomi dan berkhidmat sedaya upaya demi kesejahteraan rakyat meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi di negara-negara maju utama, peningkatan dasar perlindungan dan ketegangan geopolitik.


KUALA NERUS, 26 Okt (Bernama) -- Rakyat digesa supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji palsu dan tidak logik menerusi Bajet Alternatif 2018 yang diumumkan Pakatan Harapan, semalam.


PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kerajaan telah memberi banyak subsidi tidak langsung dan tidak dinyatakan dalam pelbagai bidang tapa disedari rakyat.


PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 akan merupakan bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dari semua lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KOTA BHARU, 25 Okt (Bernama) -- PAS pusat telah menerima sebahagian besar senarai calon daripada PAS negeri-negeri untuk dinilai sama ada layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.


BERUAS, 25 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak masih membuat penilaian secara terperinci bagi memastikan hanya calon yang sesuai bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.