Senarai Berita

PASIR SALAK, 2 Okt (Bernama) -- Tindakan pembangkang enggan menyerahkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


SEREMBAN, 2 Okt (Bernama) -- Pengerusi Tetap UMNO Teluk Kemang Hamzah Yahya, 58, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Bagan Pinang di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Puteri UMNO berharap semua wakil rakyatnya yang sedia ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 14.


JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang mahu bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.


KOTA MARUDU, 1 Okt (Bernama) -- Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengingatkan rakyat supaya jangan terpengaruh dengan janji kosong bekas pemimpin Barisan Nasional (BN).


LAHAD DATU, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan perhatian yang adil dan saksama terhadap masyarakat India termasuk di Sabah, kata Pengerusi MIC Sabah Datuk V. Jothi.


KUALA NERUS, 1 Okt (Bernama) -- PAS akan terus beristiqamah menegakkan syiar Islam di negara ini meskipun ada sebilangan pimpinannya meninggalkan parti itu dan memilih haluan berbeza bersama parti pembangkang yang lain, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


MUAR, 30 Sept (Bernama) -- DAP hanya menjadikan parti dan pemimpin politik lain yang bekerjasama dengan mereka sebagai boneka terutamanya dalam mana-mana kerajaan dibentuk untuk mereka melaksana agenda serta ideologi perjuangan parti berkenaan.


GEORGE TOWN, 30 Sept (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dilihat gagal memberikan perancangan pembangunan yang berkesan kepada rakyat di negeri ini.


KUALA NERUS, 30 Sept (Bernama) -- Jentera pilihan raya PAS tidak akan membantu jentera pilihan raya parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) kelak, kata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.