Senarai Berita
BENTONG, 30 Sept (Bernama) -- Gerakan telah mengemukakan senarai nama 50 anggota parti yang mempunyai kewibawaan untuk dicalonkan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KANGAR, 30 Sept (Bernama) -- MCA menyenaraikan lebih 50 peratus muka baharu untuk dicalonkan mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membidas kenyataan pembangkang yang kononnya bercita-cita mahu menjadikan negeri ini sebagai kubu kuat mereka dengan memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan telah menyerahkan senarai calonnya kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangkan bertanding di 13 kerusi parlimen di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum ke-14.
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- UMNO memerlukan kritikan dan pendapat masyarakat untuk terus kekal revelan serta membantu kerajaan menambah baik kehidupan rakyat negara ini, kata Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) berikrar untuk memastikan Barisan Nasional terus memperoleh sokongan masyarakat India, sekali gus mendapat mandat besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Senator Datuk M.Sambanthan.

JOHOR BAHRU, 29 Sept (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan sikap pemimpin pembangkang yang suka berpindah-randah kawasan bertanding membuktikan mereka hanya mementingkan agenda politik peribadi dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.
