Senarai Berita

KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) -- Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas Perdana Menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


TENOM, 27 Julai (Bernama) -- Pergerakan Wanita Umno Tenom optimis Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih ketiga-tiga kerusi di Parlimen Tenom termasuk dua kerusi negeri untuk BN.


LABUAN, 26 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan membincangkan mengenai masa depan dan kemajuan pembangunan pulau ini.


KOTA BHARU, 26 Julai (Bernama) -- Keputusan PAS meletak calon pada mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.


SUNGAI PETANI, 26 Julai (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu berani keluar daripada kepompong selesa dengan meletakkan calon dambaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, jika mahu melihat tampuk kepimpinan negeri terus diterajui parti itu.


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan sekali-kali membiarkan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan pimpinan DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang susulan beliau dicabar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan struktur kepimpinan pembangkang yang terbaru diumumkan sebagai melucukan, kerana ia umpama program untuk memberi ruang kepada pesara politik yang lanjut usia kembali bekerja semula.


SEREMBAN, 25 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menolak spekulasi bahawa beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


KUALA NERUS, 24 Julai (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi menyifatkan kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan dengan sesiapa sahaja dari pihak kerajaan dalam forum 'Nothing To Hide' merupakan satu penghargaan baginya.