Senarai Berita
JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor kini menumpukan usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lepas dan merampas kembali kerusi yang ditawan pembangkang pada PRU14 nanti.
MELAKA, 29 Julai (Bernama) -- Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
MELAKA, 28 Julai (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan calon yang dikehendaki dan disenangi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KULIM, 28 Julai (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa berusaha bersama-sama dengan UMNO dalam memastikan kemenangan parti pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
DUNGUN, 28 Julai (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu akan memastikan tiada anggota jawatankuasa pergerakan tiga sayap parti itu tercicir daripada menjadi anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
ALOR SETAR, 28 Julai (Bernama) -- Semua jentera UMNO di Kedah diminta untuk menggerakkan Jalinan Rakyat (JR) Plus dalam usaha untuk meyakinkan rakyat di negeri ini bahawa parti itu mampu membawa kebaikan kepada mereka.
SANDAKAN, 28 Julai (Bernama) -- Pemimpin perlulah sentiasa mendampingi rakyat supaya apa juga permasalahan mahupun rintihan rakyat dapat didengari untuk kebaikan bersama.
KLUANG, 28 Julai (Bernama) -- Anggota UMNO tidak perlu tidak bernostalgia dan taksub terhadap pemimpin tertentu yang telah meninggalkan parti, sebaliknya harus memandang ke depan dan meneruskan usaha memartabatkan bangsa, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
LAHAD DATU, 27 Julai (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal menyifatkan penambahan 30 cawangan baharu bahagian itu petanda kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tetap menjadi pilihan utama rakyat Sabah, khususnya di daerah Lahad Datu.
GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan lima daripada 11 anggotanya terdiri daripada anggota DAP.