Senarai Berita
BEAUFORT, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat, khususnya di Sabah, supaya menolak parti pembangkang kerana dengan memilih parti yang ditubuh untuk cita-cita peribadi adalah sia-sia.
PEKAN, 7 Mei (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meminta pengundi agar tidak bertindak mengikut emosi serta berfikir dengan teliti dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.
Oleh NURQALBY MOHD REDA
TANJONG KARANG, 7 Mei (Bernama) -- Rakyat Selangor yakin kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) akan dapat memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik termasuk memenuhi hasrat mereka melihat lebih banyak pelaksanaan projek perumahan mampu milik di negeri ini.
SANDAKAN, 7 Mei (Bernama) -- Polis menerima 1,069 laporan membabitkan 17 tangkapan di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 28 April hingga Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Seramai 10,939 pegawai dan anggota petugas bantuan sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihantar untuk melapor diri di 13 kontinjen di seluruh negara kecuali Perlis hari ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
TENOM, 7 Mei (Bernama) -- Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong Jamawi Jaafar akan memberi fokus ke arah memperkasa pembangunan sektor pertanian kawasan itu jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
BEAUFORT, 7 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Matbali Musah bertekad untuk membawa banyak pembaharuan di kawasan itu khususnya pembangunan belia yang bakal menjadi pemimpin pelapis negara.
Oleh Oleh Norsyafawati Ab Wahab dan Rosmalis Anuar
PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, adalah figura yang sudah sedia dikenali di Putrajaya sebagai wakil rakyat yang tidak melakukan kempen untuk menyantuni pengundi secara bermusim tetapi sepanjang masa.
KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) -- Kerancakan pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membuatkan rakyat di Parlimen Kota Marudu masih memerlukan parti itu demi kesinambungan agenda pembangunan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
KANGAR, 7 Mei (Bernama) -- Kerusi Parlimen Arau menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila ia melibatkan dua tokoh besar iaitu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dengan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.