Senarai Berita
KUALA SELANGOR, 6 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar mengingatkan rakyat Selangor supaya berwaspada dengan ?gula-gula' politik yang ditabur pemimpin pembangkang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Insiden Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bahan lawak di dalam ceramahnya baru-baru ini jelas membuktikan bahawa beliau hanya 'diperkudakan' oleh pakatan pembangkang itu.
PETALING JAYA, 6 Mei (Bernama) -- DAP hanya mahu kuasa politik sehingga sanggup menfitnah dan mempergunakan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bagi menjayakan agenda mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar.
PORT DICKSON, 6 Mei (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited semasa proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), semalam.
BERA, 6 Mei (Bernama) -- Selepas PPBM Bahagian Temerloh kehilangan lebih separuh daripada anggotanya malam semalam, hari ini tiba giliran DAP Triang dan Bera pula menerima nasib yang sama apabila 130 anggotanya bertindak keluar daripada parti itu.
SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat seorang yang mudah didampingi masyarakat dan sesuai untuk dilantik sebagai wakil rakyat.
BERA, 6 Mei (Bernama) -- Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberikan penjelasan berserta fakta kepada rakyat bagi menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap kerajaan BN, kata calon BN yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PUTATAN, 6 Mei (Bernama) -- Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman yakin rakyat Sabah masih menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada negeri ini.
PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat sehingga empat juta pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sedangkan jumlah sebenar hanyalah 212,834 orang yang meliputi pelbagai kategori permohonan.
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan penularan video di media sosial memaparkan seorang petugas pilihan raya ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi bukan berlaku semasa hari pengundian awal semalam.