Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan anggota seumur hidup DAP Amran Ahmad mengenai parti pembangkang itu cuba menyebarkan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).


IPOH, 6 Mei (Bernama) -- Program Kementerian Kewangan Malaysia #MOF Bersama Rakyat adalah program yang bertujuan untuk meringankan kehidupan rakyat bukan sebagai sebahagian daripada agenda Pilihan Raya Umum ke-14.


TEMERLOH, 6 Mei (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan yang terbaik pada Piliihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dengan memberikan mandat kepada parti yang telah terbukti memberikan khidmat yang baik dan ikhlas.


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Polis Kuala Lumpur menerima 142 laporan polis berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak tempoh kempen bermula pada 28 April lalu.


SIMUNJAN, 6 Mei (Bernama) -- Pemimpin peringkat akar umbi terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berani mempertahankan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.


BUKIT MERTAJAM, 6 Mei ( Bernama) -- Seramai 200 anggota PKR Bahagian Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bukit Mertajam hari ini mengumumkan keluar parti selepas mendakwa tidak ber puas hati dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.


SEGAMAT, 6 Mei (Bernama) -- Empat penyokong sebuah parti politik direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian jenayah semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KUBANG PASU, 6 Mei (Bernama) -- Sebanyak 437 anggota PPBM di kawasan Parlimen Kubang Pasu hari ini bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa kecewa dengan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.


JELI, 6 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memperkasa institusi pengajian pondok selaras dengan dasar kerajaan persekutuan yang memberikan tumpuan terhadap pusat pengajian agama Islam itu dalam arus pembangunan negara.


Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) -- Pelbagai inisiatif dan insentif telah diberikan kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup terutama kepada golongan pesara antaranya pelarasan kenaikan pencen dua peratus setahun yang mula dilaksanakan pada 2013.