Senarai Berita

ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO Kedah memperhebatkan kempen mereka pada hari-hari terakhir menjelang pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini dengan menambah program sentuhan kepada rakyat.


Oleh Cecilia Jeyanthi Victor

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bagi calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Bandar Tun Razak Adnan Seman, kunjungan ke sekolah lamanya, Sekolah Kebangsaan Sungai Besi, mengimbau pelbagai kenangan ketika belajar di situ dulu dan membangkitkan keazamannya untuk melakukan transformasi terhadap masyarakat bandar, yang menjadi sebahagian daripada identiti beliau sendiri.


KOTA TINGGI, 7 Mei (Bernama )-- Bekas pemimpin UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sanggup menggadaikan nasionalisme Melayu yang diperjuangkannya selama ini demi mendapatkan kuasa dan jawatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.


TELUK INTAN, 7 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau pemastautin tetap Australia.


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Calon-calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) harus bijak mengawal pemikiran dan emosi pengundi terutamanya dalam kalangan golongan muda kerana mereka boleh 'bertukar angin' dalam sekelip mata.


Oleh Mohd Yusof Saari

KUANTAN, 7 Mei (Bernama) -- Melewati hari kelima berkempen, gerak kerja pembangkang dalam memenangi hati pengundi dilihat belum mencapai tahap seperti yang diimpikan mereka - meranapkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Pahang.


KOTA BHARU, 7 Mei (Bernama) -- Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu ini.


KULIM, 7 Mei (Bernama) -- Pendekatan cara 'orang kampung' yang digunakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Datuk Asmadi Abu Talib, menampakkan sisi positif dalam siri kempen yang dijalankan sejak 29 April lepas.


Oleh Syamsiah Sahat

MUAR, 7 Mei (Bernama) -- Berbaki dua hari lagi berkempen, kerusi panas Parlimen Pagoh P143, menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersaing sengit untuk menang.


KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini dengan pesawat AirAsia yang memaparkan slogan 'Hebatkan Negaraku', tema manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).