Senarai Berita
SHAH ALAM, 1 Mei (Bernama) -- PAS Selangor mengakui langkah mempertaruhkan tiga penceramah glamor sebagai calonnya merupakan strategi untuk menambat hati pengundi, terutama dalam kalangan orang muda.
IPOH, 1 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tambun menghasilkan lagu 'Tambun Untuk Tambun' bagi memikat hati pengundi dalam PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
KOTA BHARU, 1 Mei (Bernama) -- Momentum Barisan Nasional (BN) untuk kembali mentadbir negeri ini bertambah baik berikutan seluruh jentera parti sedang bekerja kuat untuk memenangkan calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KLUANG, 1 Mei (Bernama)-- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyifatkan tindakan memotong gambar seorang pemimpin pembangkang pada papan iklan kempen sebagai tidak wajar.
MELAKA, 1 Mei (Bernama) -- Kira-kira 300 pengayuh beca pelancongan di sini menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dialami mereka selain mudah didekati rakyat.
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kerana 'melarikan diri' untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh, kawasan yang lebih selamat baginya, pada Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14).
KUALA KANGSAR, 1 Mei (Bernama) -- Lemah lembut, peramah serta berjiwa rakyat menjadikan dirinya mudah didekati dan dihormati segenap lapisan masyarakat walaupun baru setahun lebih menjadi wakil rakyat.
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lebih bersifat terbuka dalam mengadakan rundingan dengan kesatuan pekerja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu-isu berkaitan pekerja.
MERBOK, 1 Mei (Bernama) -- Beberapa perkampungan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di bawah Parlimen Merbok bakal dimajukan dengan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan tambahan kepada penduduk di situ.
TAWAU, 1 Mei (Bernama) -- Mengakui pemilihannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung melibatkan restu Datuk Seri Syed Abas Syed Ali selaku penyandang, Datuk Osman Jamal hari ini berjanji untuk menyambung segala usaha bekas wakil rakyat itu di DUN berkenaan.