Senarai Berita

TAWAU, 1 Mei (Bernama) -- Masa depan golongan belia akan terus cemerlang dan gemilang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk meneraju kepimpinan negeri dan negara, kata calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.


TELUK INTAN, 1 Mei (Bernama) -- Penduduk Teluk Intan akan terus menikmati pembangunan dan kesejahteraan menerusi manifesto Barisan Nasional (BN) Parlimen itu sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilancar hari ini.


Oleh Muhammad Ammar Shafiq Hamzah

PARIT BUNTAR, 1 Mei (Bernama) -- Ketokohan serta pengalaman luas dalam perkhidmatan awam yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Parit Buntar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berjaya memikat hati para pengundi.


BAGAN DATUK, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berterusan dan bukannya bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Pengamal media disaran menggunakan kemudahan Pusat Media yang disediakan di semua pejabat Jabatan Penerangan Malaysia di peringkat negeri, khusus bagi membantu mereka menyiapkan tugasan dan laporan berita yang tepat dan sahih berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14.


BAGAN DATUK, 1 Mei (Bernama) -- Politik kekerasan dan amalan memaki hamun ditunjukkan pembangkang semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) harus ditolak oleh pengundi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


IPOH, 1 Mei (Bernama) -- Para penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO harus meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan berbanding calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.


TAWAU, 1 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong, Lo Su Fui menetapkan tekad permulaannya untuk mentranformasikan Tawau menjadi bandar pertanian dan perikanan moden melalui mandat diberikan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BALING, 1 Mei (Bernama) -- Tiada istilah zon selesa dan syok sendiri walaupun bertanding di kawasan yang diyakini menang, kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu, Mohamed Noor Mohamed Amin.


Oleh Suziela Che Mat

ALOR SETAR, 1 Mei (Bernama) -- Hari keempat kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan manifesto pembangkang di negeri ini gagal memikat hati masyarakat umum yang kebanyakannya menyifatkan manifesto tersebut tidak seiring dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat.