Senarai Berita
BAGAN DATUK, 27 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar Muslimin Yahaya ialah setiausaha politiknya.
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang meminta penyokong calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menimbulkan kekecohan pada penamaan calon esok.
KUANTAN, 27 April (Bernama) -- Seramai 15,000 petugas tambahan yang terdiri daripada kalangan orang awam akan bertugas membantu kelancaran perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini pada 9 Mei nanti.
KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) -- Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dan turut bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Umum (PRU), pada 9 Mei.
KUCHING, 27 April (Bernama) -- Seramai 7,041 pegawai kanan dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Seri Amer Awal.
IPOH, 27 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan peralatan paraglider dan dron ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung esok.
TAWAU, 27 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh optimis dapat mengekalkan rekod tanpa kalah BN di Kalabakan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) adalah parti gabungan yang memperkasakan wanita menerusi peluang yang disediakan kerajaan Persekutuan sejajar dengan pengisytiharan 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita.
Oleh Nurrul Huda Ahmad Lutfi
YAN, 27 April (Bernama) -- Dalam usaha memastikan lebih banyak lagi pembangunan dilaksanakan di Parlimen Jerai serta nasib belia terus mendapat perhatian kerajaan, golongan itu mengharapkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk menerajui kawasan Parlimen itu sekali gus negeri Kedah.
KOTA BHARU, 27 April (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU14) yang antara lain menyaksikan pengerusi gabungan itu, Datuk Husam Musa, bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu.