Senarai Berita

SEREMBAN, 27 April (Bernama) -- PAS Negeri Sembilan mengumumkan pertambahan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan keseluruhan 27 DUN yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


ALOR SETAR, 27 April (Bernama) -- Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini menang bagi mewakili mereka dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


KANGAR, 23 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Perlis bergitu bersemangat untuk menyapu bersih kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


IPOH, 26 April (Bernama) -- Semua anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah terikat dengan peraturan dan disiplin yang termaktub dalam perlembagaan parti, kata Pengerusi BN Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.


JOHOR BAHRU, 26 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru kesemua jentera parti untuk bekerja keras bagi menjamin kemenangan berpihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Oleh Kamarul Irwan Alias

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Hampir separuh calon Barisan Nasional yang bakal bertanding di 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum kali ini terdiri daripada muka baharu.


BAGAN DATUK, 26 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program Bagan Datuk Berzikir yang diadakan di Dewan Perdana Bagan Datuk di Kampung Parit 4, Sungai Sumun di sini, malam ini.


ALOR SETAR, 26 April (Bernama) -- Calon-calon MCA yang telah dipilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah calon yang diyakini boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sekali gus mampu berkhidmat untuk rakyat.


PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa nama seorang lelaki yang telah meninggal dunia yang pernah dikeluarkan daripada daftar pemilih, telah dimasukkan semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor menggesa rakyat negeri ini agar tidak terus terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) yang ingin mengekalkan pentadbiran negeri itu untuk penggal ketiga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.