Senarai Berita

TAWAU, 26 April (Bernama) -- Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Datuk Osman Jamal akan melaksanakan dua inisiatif permulaan iaitu mendekati masyarakat serta menganalisa profail pembangunan Balung.


KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Strategi meletakkan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat sebagai langkah selamat untuk mengekalkan pengaruh di kawasan yang ditandingi.


KANGAR, 26 April (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menasihati mereka yang digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar berlapang dada dan meletakkan kepentingan parti melebihi diri sendiri.


KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) -- Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana menteri, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, hari ini.


KOTA BELUD, 26 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memberi jaminan bahawa suku kaum Iranun akan terus mendapat tempat dalam sistem pentadbiran Barisan Nasional (BN) Sabah.


BALIK PULAU, 26 April (Bernama) -- Usianya mencecah 83 tahun, tetapi wanita warga emas ini tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.


SITIAWAN, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak akan mendapatkan maklumat penuh termasuk mengenal pasti dalang di sebalik perhimpunan membantah pengguguran Datuk Seri Ong Ka Chuan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUANTAN, 26 April (Bernama) -- Ketua Wanita UMNO Rompin, Datin Shamsiah Arshad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam bagi menggantikan Datuk Wan Kadri Wan Mahusain yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Sejumlah 146 borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 471 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah dijual di Pulau Pinang, tiga hari sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.


KANOWIT, 26 April (Bernama) -- Parti Rakyat Sarawak (PRS) terpaksa memecat dua anggota kanannya baru-baru ini selepas mereka cuba memusnahkan parti dari dalam, kata Presidennya Tan Sri Dr James Masing.