Senarai Berita
MELAKA, 26 April (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN di Melaka telah telah mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Terengganu mempertaruhkan 40 calon terdiri dari gabungan muka baharu dan berpengalaman untuk berdepan parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata beliau akan cuba memujuk kumpulan penyokongnya agar bertenang dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun namanya digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim.
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang dikeluarkan hari ini berhubung persediaan calon-calon bagi menghadapi Hari Penamaan Calon pada 28 April ini sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) -- PBS hari ini melancarkan Manifesto Tambahan PBS-BN sebagai memperkasakan akujanji dalam Manifesto BN Sabah yang dilancarkan semalam.
PENDANG, 26 April (Bernama) -- Anggota UMNO diingatkan agar tidak mempelekeh calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei.
KANGAR, 26 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau manakala Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berpindah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh dalam Parlimen Arau ke DUN Bintong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan membuka pusat media Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mulai esok bagi menyediakan maklumat berkaitan program dan aktiviti yang dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh proses pilihan raya.
SEGAMAT, 26 April (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kecewa apabila tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar tidak bertindak keluar parti dan melawan parti sendiri.
LABUAN, 26 April (Bernama) -- Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zurainah Musa memberi pujian terhadap persiapan Wanita Barisan Nasional (BN) Labuan melalui inisiatif Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus bagi menggerakkan jentera pilihan raya parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.