Senarai Berita

TENOM, 19 April (Bernama) -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian kuasa pelbagai kaum dalam Barisan Nasional (BN) telah mewujudkan kestabilan dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.


KENINGAU, 19 April (Bernama) -- Persatuan Anak Anak Peribumi Dusun Pedalaman Sabah (Peribumi) berkata kaum Dusun masih memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negara ini.


KUALA NERUS, 19 April (Bernama) -- Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.


SEREMBAN, 19 April (Bernama) -- Polis Negeri Sembilan mengenal pasti 40 kawasan panas yang perlu diberi perhatian sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


PASIR PUTEH, 19 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan terus memperkasakan 38 sekolah pondok dan 40 sekolah menengah agama rakyat (SMAR) di Kelantan melalui peruntukan sebanyak RM8.6 juta yang telah diluluskan sebelum ini untuk tahun ini.


BAGAN DATUK, 19 April (Bernama) -- Sebarang kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak dialu-alukan kerana ia boleh menggugat keharmonian dalam parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


SLIM RIVER, 19 April (Bernama) -- Strategi DAP meletakkan pemimpin utamanya bertanding di kawasan pemimpin tertentu Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan Gerakan berupa serangan peribadi beremosi dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.


BAGAN DATUK, 19 April (Bernama) -- Barisan Nasional negeri-negeri akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14, bila-bila masa dari sekarang.


JERLUN, 19 April (Bernama) -- Semua anggota UMNO perlu menjadikan pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008 sebagai iktibar tentang betapa pentingnya semangat wala' bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.


KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) -- Setiausaha kerajaan negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail hari ini mengumumkan bakal bertanding di Parlimen Kuala Terengganu mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.