Senarai Berita
MIRI, 19 April (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Senadin Datuk Lee Kim Shin menafikan khabar angin beliau akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Miri, satu daripada kerusi panas di Sarawak, dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
ALOR SETAR, 19 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diumumkan esok bakal mengandungi empat elemen kejutan khusus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri itu bagi tempoh lima tahun akan datang.


RANAU, 19 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) masih diyakini penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan untuk terus memperjuangkan kepentingan dan kebajikan mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

KOTA BHARU, 19 April (Bernama) -- Jentera parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diingat agar tidak memasang bendera di kabel ataupun konduktor yang berada di puncak tiang elektrik bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

KUALA LUMPUR, April 19 (Bernama) -- MSIG Insurance (Malaysia) Bhd kini memberi kemudahan untuk pelanggan insurans perjalanannya mendapat bayaran balik premium insurans jika mereka membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan.

LIMBANG, 19 April (Bernama) -- Bandar Limbang yang terkenal dengan ikan salai yang dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'ikan tahai' merupakan satu-satunya bandar di negara ini yang memerlukan pasport jika hendak berkunjung ke sini menerusi jalan darat.

KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Setelah tiga penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru dan mampu membawa perubahan, penduduknya berharap kesinambungan parti itu akan terus mendapat mandat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.