Senarai Berita

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor disifatkan sebagai 'penghapus' etnik Bugis oleh Persatuan Anak-anak Bugis, apabila usul untuk membahaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina golongan Bugis, ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Hannah Yeoh Tseow Suan pada Selasa.
TENOM, 10 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.
SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor akan menubuhkan pasukan media sosial bagi mengekang fitnah dan berita yang tidak benar mengenai parti itu serta isu berkaitan kerajaan pusat yang disebarkan pihak tertentu menerusi media sosial.
KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan usul kementerian mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
GEORGE TOWN, 9 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara wakil rakyat DAP dan PKR berhubung isu penganjuran forum terbuka membincangkan masalah banjir dan tanah runtuh di negeri ini anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada 29 Okt lepas.
KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr. Nuing Jeluing dipilih sebagai Senator Dewan Negara bagi mengganti Datuk Lihan Jok yang berakhir tempoh perkhidmatannya pada 7 Dis tahun lepas.
SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Abdul Razak bersedia menjadi saksi sekiranya kerajaan negeri bersetuju menyiasat dakwaan berlakunya penggunaan kad pengenalan palsu dalam pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang.