Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menghantar pasukan perubatan dan bantuan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang, kata Pengerusi Biro Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.


KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak 2017 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi penubuhan sebuah badan statutori khusus untuk menyelia promosi, penyelarasan dan pengembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negeri ini.


IPOH, 9 Nov (Bernama) -- Perancangan untuk mewujudkan lapangan terbang baharu di Perak bukan hanya cakap semata-mata sebaliknya usaha berterusan dilakukan bagi memastikan hasrat itu tercapai, kata Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.


KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Sebanyak 12 kem tentera di seluruh negara sedang dan akan dibina serta dirancang untuk ditambah baik bagi menggantikan kem usang sedia ada selain menempatkan anggota tentera ke penempatan yang lebih selesa.


KENINGAU, 9 Nov (Bernama) -- Insentif RM200 sebulan kepada pengusaha sawah padi untuk tempoh tiga bulan pertama sementara menunggu hasil tuaian padi, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 mampu menyuntik semangat petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran.


KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama)-- Semua universiti awam di negara ini akan melaksanakan sistem pendigitalan menjelang pertengahan 2018, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.


SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul membahaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis.


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Sejumlah 14,622,881 pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.


KANGAR, 8 Nov (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi atau hijau bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.


GEORGE TOWN, 8 Nov (Bernama) -- Seorang wakil rakyat DAP hari ini mempersoalkan pengurusan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sebab pasukan negeri tersingkir Liga Super untuk musim depan walaupun menerima peruntukan RM34.5 juta daripada kerajaan negeri.