Senarai Berita

MUAR, 8 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini adalah peluang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) 'membasuh muka' serta membersihkan maruah setelah mengharungi prestasi kurang memberangsangkan pada dua pilihan raya yang lepas.


KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisiplin serta tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa hari pengundian esok.


TANJONG KARANG, 8 Mei (Bernama) -- Penjawat awam negeri Selangor akan mendapat bonus tiga bulan gaji sekiranya Barisan Nasional (BN) berjawa menawan negeri itu daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Oleh Ali Imran Mohd Noordin

PUTRAJAYA (Bernama) -- Setiap lima tahun sekali seluruh negeri akan menyambut 'raya' yang menentukan pucuk pimpinan yang bakal memimpin negara melalui proses pilihan raya.


PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- Kehadiran pemerhati antarabangsa bagi memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung esok membuktikan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.


LANGKAWI, 8 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen 004 Langkawi, Datuk Ir Nawawi hari ini mengakui beliau masih menyayangi Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak mahu bekas Perdana Menteri itu terus dibebani tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


SEGAMAT, 8 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia dengan langkah 'pre-emptive' bagi menangkis serangan mengejut di saat akhir daripada pembangkang menjelang hari pengundian esok, menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KOTA KINABALU, 8 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.


ALOR SETAR, 8 Mei (Bernama) -- Rakyat diingatkan supaya jangan terpedaya dengan serangan pihak pembangkang pada waktu-waktu terakhir sebelum hari mengundi, esok sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Semua perkara tidak berlaku dengan sendiri sebaliknya dirancang dengan teliti sehingga sebahagian besar daripada mereka kini mempunyai masa depan yang lebih baik.