Senarai Berita

h Balkish Awang

BUKIT MERTAJAM, 8 Mei (Bernama) -- Permatang Pauh, kawasan yang hampir 20 tahun diwakili pembangkang tetapi tidak pernah dipinggir dalam pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dan dalam tempoh itu juga pelbagai usaha dilakukan untuk kebajikan penduduk yang seolah-olah dilupakan wakil rakyat mereka.


KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Veteran UMNO Tan Sri Abu Zahar Ujang berharap tiga sahabat baiknya, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim memikirkan semula tindakan mereka bersekongkol dengan parti pembangkang, khususnya DAP yang dikatakan sering meracuni pemikiran rakyat.


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) --Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia melihat 'negara sebenar' yang dibina atas perkongsian Barisan Nasional (BN) dan rakyat dan meletakkan amanah mereka sekali lagi kepada gabungan itu.


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata DAP cuba 'mengawal keadaan' dengan menampilkan kedua-dua simbol PKR dan roket bagi menenangkan penyokong Cina mereka sambil memujuk hati orang Melayu pihak pembangkang.


KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan perlu membangunkan Sabah dan Sarawak untuk diseiringkan dengan matlamat Malaysia mencapai taraf negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


JELI, 7 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap rakyat akan memberi mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkan BN mentadbir negeri ini secara sendirian.


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin tsunami Melayu yang dicanangkan pembangkang tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila dibawa menaiki pesawat AirAsia yang memaparkan slogan 'Hebatkan Negaraku', tema manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


JELEBU, 7 Mei (Bernama) -- Beri mandat pada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan isu permasalahan rakyat akan diselesaikan, kata Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.


TUMPAT, 7 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat berhubung fitnah terhadapnya berkaitan pembelian tanah yang tular di media sosial.