Senarai Berita

SEMPORNA, 29 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran menaruh keyakinan dapat mempertahankan kerusi tersebut walaupun berhadapan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman, yakin faktor anak tempatan mencerahkan peluangnya membantu BN merampas kerusi parlimen itu daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


JOHOR BAHRU, 29 April (Bernama) -- Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin menafikan 'terdapat kerjasama antara UMNO dan PAS' dan menegaskan dakwaan itu adalah fitnah yang disebarkan oleh bekas anggota parti itu.


KOTA BHARU, 29 April (Bernama) -- Rakyat Kelantan perlu melihat keupayaan Barisan Nasional (BN) dalam menunaikan janjinya berbanding parti pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.


KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) -- "Tiada laluan mudah PAS untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini," kata calonnya Muhammad Khalil Abdul Hadi.


KAMPAR, 29 April (Bernama) -- Meneruskan rancangan pembinaan hospital baharu adalah antara perkara utama yang digariskan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Kampar bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUCHING, 29 April (Bernama) -- Kerajaan mempunyai beberapa perancangan untuk menambah baik aspek kehidupan masyarakat di kawasan Parlimen Stampin.


JOHOR BAHRU, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pegawai dan anggota tambahan Jabatan Imigresen Malaysia akan ditugaskan di kedua-dua pintu masuk negara di negeri ini bagi melancarkan pergerakan keluar masuk warga Malaysia yang mahu pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pada 9 Mei ini.


KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) -- Insentif khas untuk pengawal keselamatan akan diwujudkan oleh kerajaan Terengganu bagi meningkatkan pendapatan mereka sekali gus membantumengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi.


BALING 29 April ( Bernama) -- Calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dalam Parlimen Baling Mohamed Noor Mohamed Amin komited dengan perjuangannya menjaga kebajikan dan pembangunan anak muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 ini.