Senarai Berita

SEMPORNA, 29 April (Bernama) -- Semporna sejahtera di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) selama ini dan penduduk perlu memastikan kemenangan BN di daerah ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, kata Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna Ahmad Marzuki Nasir.


KEPALA BATAS, 29 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah atau berasa selesa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga walaupun pencalonan Yaakob Osman dari PPBM ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya semasa penamaan calon semalam.


SEGAMAT, 29 April (Bernama) -- Keahlian Datuk VM Panjamothy sebagai anggota parti MIC terlucut serta merta apabila ahli MIC itu mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


Oleh Rohana Nasrah

KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya empat kawasan Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dijangka menarik perhatian para pengundi serta pemerhati politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.


SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Masyarakat India di negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang yang kini mencuba pelbagai cara untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum ini.


SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti tetapi sebaliknya menekankan bagaimana beliau boleh berkhidmat kepada rakyat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BAGAN DATUK, 29 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


MUAR, 29 April (Bernama) -- Calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bertanggungjawab menyemak keperluan, syarat serta kelayakan bertanding terlebih dahulu seperti ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara.


TEMERLOH, 29 April (Bernama) -- Calon Barisan Naisonal (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan Datuk Nor Azmi Mat Ludin optimis penduduk di kawasan itu akan memilih BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti kerana mereka kini dahagakan pembangunan yang terabai sejak pembangkang menguasai DUN itu.


SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Walaupun Barisan Nasional (BN) sebelum ini belum mengesahkan Dafney Ho Choy Sin sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) namun beliau​​​​​​​ telah memulakan gerak kerja lebih awal untuk menawan hati pengundi.