Senarai Berita
SANDAKAN, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa sedar tanggungjawab untuk memenuhi keperluan prasarana pendidikan di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
MUAR, 5 Mei (Bernama) -- Hasrat pengundi Parlimen Muar untuk melihat calon mereka berdebat menjadi kenyataan apabila majlis tersebut akan diadakan esok (Ahad).


TAWAU, 5 Mei (Bernama) -- Timbalan Ketua MCA Kalabakan Woo Min Sui meminta masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai agar memberi sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN itu, Lim Ting Khai.
SEGAMAT, 5 Mei (Bernama) -- Tindakan menggugurkan keahlian dua veteran UMNO yang terlibat dengan kempen pembangkang adalah wajar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman, Tan Eng Hwa, 45, tekad untuk menawan hati pengundi di kawasan itu sekali gus mendapatkan mandat sebagai wakil rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.


KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Perpaduan mantap parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) lebih meyakinkan rakyat berbanding gabungan pembangkang yang rapuh, mengelirukan serta berpuak-puak, kata seorang penganalisis politik Sabah.