Senarai Berita

BAGAN DATUK, 1 Mei (Bernama)-- Kesibukan berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang masuk hari keempat hari ini tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa, biarpun seketika, untuk pusing keliling kampung dengan menunggang motosikal kapcai hari ini.




KOTA BELUD, 1 Mei (Bernama) -- Jentera Barisan Nasional (BN ) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kelawat diminta memastikan supaya lebih 1,300 pengundi di kawasan itu memberi sokongan kepada BN ketika hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.




REMBAU, 1 Mei (Bernama) -- Sambutan hangat yang diterima Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika mengadakan siri walkabout selama sejam di Kampung Ladang Sagga di sini, hari ini jelas menunjukkan sokongan masyarakat India kepada kepimpinannya.


KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Rakyat diingatkan supaya memilih calon-calon daripada parti yang benar-benar layak mentadbir, bukan sekadar melihat kepada latar belakang seseorang yang alim atau mempunyai ilmu agama yang tinggi.


KUALA NERUS, 1 Mei (Benama)-- Penglibatan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Terengganu seolah-olah hanya untuk 'test market' dan tidak menampakkan kesungguhan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


MUAR, 1 Mei (Bernama) -- Mewujudkan universiti awam, membina 1,000 rumah mampu milik dan menaik taraf Hospital Tangkak adalah antara tawaran menarik dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Ledang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) " Penduduk Parlimen Lembah Pantai menganggap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai wakil rakyat 'touch and go' kerana tidak mampu berkhidmat untuk rakyat sepanjang 10 tahun menyandang kerusi Parlimen itu.


TAMBUNAN, 1 Mei (Bernama) -- Keputusan mencalonkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan adalah bagi membantu menguatkan Barisan Nasional (BN) di pedalaman, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.