Senarai Berita

KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang dianggap kawasan selamat bagi Barisan Nasional (BN), calonnya Hamizan Hassan tidak akan membiarkan parti lawan mencuri tumpuan pengundi sehingga hari mengundi 9 Mei ini.


KUALA KANGSAR, 1 Mei (Bernama) -- Menggunakan pendekatan secara peribadi dengan melawat rumah ke rumah untuk mendekati hati pengundi adalah fokus utama yang dilakukan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Kangsar ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan memenuhi janjinya untuk membina 65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun akan datang jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.


BAGAN SERAI, 1 Mei (Bernama)-- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini meminta pengundi memastikan kemenangan cemerlang calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Serai dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BETONG, 1 Mei (Bernama) -- Kempen Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Batang Lupar dicemari penyebaran berita palsu oleh seorang calon parti pembangkang yang bertanding.


ALOR SETAR, 1 Mei (Bernama) -- Para pengundi khususnya di Langkawi dinasihat agar memanfaatkan hari pengundian 9 Mei depan dengan memilih calon daripada parti yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta telah terbukti pencapaiannya dalam membangunkan negara, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad.


IPOH, 1 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Tambun tidak menolak pertandingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta akan memberi kelebihan kepada mereka untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei depan.


TEMERLOH, 1 Mei (Bernama) -- Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) mengalami permulaan yang buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lepas.


KUALA LANGAT, 1 Mei (Bernama) -- Penduduk di Kuala Langat bakal menikmati 'ganjaran' jika BN berjaya merampas semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


ALOR SETAR, 1 Mei (Bernama) -- Peluang PAS untuk bersaing dengan Barisan Nasional bagi meraih undi Melayu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dilihat lebih tinggi berbanding Pakatan Harapan (PH).