Senarai Berita

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

SEREMBAN, 28 April (Bernama) -- Kegagalan calon pakatan pembangkang untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tidak memenuhi syarat serta menampilkan calon yang tidak layak bertanding kerana sabitan mahkamah jelas memperlihatkan sikap cuai dan ketidakseriusan, menurut penganalisis politik.


Oleh Fadzillah Aishah Ismail

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Pertandingan tiga penjuru atau lebih di semua 22 kerusi Parlimen dan 52 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memberi petanda awal bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan cerah untuk merampas semula negeri ini daripada pakatan pembangkang atau sekurang-kurangnya menambah kerusi.


KUANTAN, 28 April (Bernama) -- Seramai 177 calon yang terdiri daripada 47 calon Parlimen dan 131 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) layak bertanding bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.


LABUAN, 28 April (Bernama) -- Pemuda UMNO Labuan hari ini menyelar tindakan bekas Anggota

Parlimen Labuan menyokong calon Parti Warisan Sabah yang bertanding bagi kerusi Parlimen Labuan.


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- MCA hari ini memecat dengan serta merta dua anggota parti kerana bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KUALA TERENGGANU, 28 April (Bernama) -- Tiada unsur 'cah keting' (sabotaj) dikesan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) Terengganu pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini, hari ini.


KOTA BHARU, 28 April (Bernama) -- Walaupun sudah empat kali tewas dalam satu pilihan raya umum (PRU) dan tiga pilihan raya kecil (PRK), calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama Izat Bukhari Ismail Bukhari, 51, tidak serik untuk tampil sekali lagi bertanding dalam PRU14.


Oleh Rhoma Ahmad Razali

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan calon-calon yang mempunyai pertalian keluarga mewakili pelbagai parti selain calon Bebas berentap bagi merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Oleh Zainal Abdul Jalil

KANGAR, 28 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perlis hanya boleh kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika calon-calonnya disabotaj oleh anggota-anggota parti sendiri, kata seorang penganalisis politik.


BAGAN DATUK, 28 April (Bernama) -- Penduduk di Parlimen Bagan Datuk menyifatkan manifesto khas Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datuk yang dilancarkan hari ini bakal membawa pelbagai perubahan untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat di kawasan ini.