Senarai Berita

SANDAKAN, 28 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berdepan dua pencabar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.


Oleh Ismail Amsyar Mohd Said

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Para pemimpin utama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan bertanding mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.


TEMERLOH, 28 April, (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarang TV3 Mohd Khaidir Ahmad, 56, yang bertanding kerusi Parlimen dan Negeri atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, hadir di pusat penamaan calon lengkap berpakaian baju Melayu dan bertanjak.


MELAKA, 28 April (Bernama) -- ?Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris Haron menyifatkan lawannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Mohd Lokman Abd Ghani daripada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, bukan saingan mudah.


PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua boleh mengemukakan petisyen ke mahkamah berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonannya untuk bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

SEREMBAN, 28 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan langkah kanan apabila pemimpin utamanya memperoleh kemenangan susulan masalah teknikal pihak pencabarnya.


MANJUNG, 28 April (Bernama) -- Penamaan calon di Perak hari ini bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kebanyakannya melibatkan pertandingan tiga penjuru kecuali kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


LANGKAWI, 28 April (Bernama) -- Selepas berjaya mengharungi cabaran perlawanan tiga penjuru dalam pilihan raya umum lepas, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah Nor Saidi Nanyan, kini pada Pilihan Raya Umum ke-14 berhadapan pertembungan empat penjuru.


POKOK SENA, 28 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada berdasarkan semangat juang yang tinggi diterapkan dalam gerak kerja anggota jentera parti sejak sekian lama.


Oleh Noor Adila Ali

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan-kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini berjalan lancar, dengan kebanyakan kawasan memperlihatkan pertarungan tiga penjuru.