Senarai Berita
BUKIT MERTAJAM, 28 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said optimis akan mencipta sejarah di kawasan kubu kuat PKR itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan anggota keselamatan yang terlibat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di seluruh negara hari ini.
Oleh Siti Aisyah Harun
SUNGAI BESAR, 28 April (Bernama) -- Calon muda BN di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Sungai Besar tidak mahu berkempen dengan "menabur pelbagai janji", sebaliknya fokus untuk lebih memahami suara hati dan kehendak pengundi.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini menafikan dakwaan kononnya polis menyekat calon-calon parti politik berucap atau berceramah di luar kawasan yang ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
IPOH, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 66 kawasan di Perak bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan pakatan pembangkang yang bertanding menggunakan nama serta logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kononnya anggota polis menghalang calon parti itu Dr S. Streram memasuki Dewan Seri Rembau untuk mengemukakan borang pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi tidak hadir (PTH) luar negara supaya tidak menyimpan kertas undi pos mereka terlalu lama bagi mengelakkan ia sampai lewat kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.
TUARAN, 28 April (Bernama) -- Persaingan lima penjuru bagi kerusi Parlimen Tuaran dijangka memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang sekali gus mempertahan kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Sejumlah 1,984 kertas pencalonan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). tidak termasuk Sabah, telah sah diterima sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung pagi ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
SUNGAI PETANI, 28 April (Bernama) -- Calon wanita tunggal bagi kerusi Parlimen di Kedah iaitu Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, 45, yang akan bertanding di Parlimen Sungai Petani yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen itu daripada PKR meskipun akan menghadapi cabaran hebat.