Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 28 April (Bergambar) -- Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengukuhkan statusnya sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, selama 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri, jika memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bekas ratu cantik, selebriti, peguam, bekas ketua pengarang berita, bekas duta dan bekas peniaga jagung merupakan antara calon yang mewarnai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan penamaan calon yang berlangsung hari ini.


Oleh Voon Miaw Ping dan Nur Syuhada Shamsudin

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Jarak hari pengundian

bagi Pilihan Raya Umum ke-14 hanya 11 hari. Mulai hari ini Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang akan menghangatkan lagi pertandingan dalam menghadapi persaingan sengit sesama mereka terutama di kawasan kerusi panas Parlimen di seluruh negara.


BENTONG, 28 April (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tidak menolak kemungkinan wakil MCA dan MIC dipertimbangkan untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


CAMERON HIGHLANDS, 28 April (Bernama) -- Tidak menafikan bakal berdepan persaingan sengit lima penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands, calon Barisan Nasional (BN) Datuk C. Sivarraajh tekad bekerja keras sehingga tamat tempoh kempen bagi memenangi hati pengundi kawasan peranginan tanah tinggi itu.


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua membuat satu laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini setelah pencalonannya untuk bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditolak suruhanjaya itu.


KOTA BHARU, 28 April (Bernama) -- PAS memecat keanggotaan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz kerana bertanding sebagai calon PKR-Amanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BAGAN DATUK, 28 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan manifesto khas Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk untuk segenap lapisan masyarakat bagi merancakkan lagi pembangunan dan kemakmuran ekonomi daerah ini dalam tempoh lima tahun akan datang.


Oleh Fadzli Ramli

MELAKA, 28 April (Bernama) -- Parlimen Hang Tuah Jaya, sebelum ini Parlimen Bukit Katil, kekal medan tempur utama negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membabitkan pertarungan ulangan musuh tradisi dan drama pergeseran akar umbi pakatan pembangkang pada hari penamaan calon hari ini.


GEORGE TOWN, 28 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow merayu kepada pengundi Pulau Pinang supaya memberi peluang kepada calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memainkan peranan lebih besar dalam Dewan Undangan Negeri.